Dikemaskini: Januari 2026
Selamat datang ke StayPro. Dengan melanggan atau menggunakan sistem ini, anda (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna" atau "Host") bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh IAZ Resources (Penyedia Sistem).
StayPro adalah perisian berasaskan awan (SaaS) yang menyediakan:
IAZ Resources hanya menyediakan platform teknikal dan tidak terlibat dalam operasi harian homestay atau transaksi antara Host dan Tetamu.
Akses kepada sistem dikenakan bayaran mengikut pakej (Bulanan/Tahunan/Lifetime). Bayaran langganan tidak akan dikembalikan (non-refundable) sekiranya Host membatalkan akaun sebelum tamat tempoh.
Kod sumber, reka bentuk antaramuka, dan pangkalan data StayPro adalah hak milik mutlak IAZ Resources. Host diberi lesen penggunaan ("License to Use") sahaja dan dilarang menyalin, menjual semula, atau memanipulasi kod sistem.
Penyedia Sistem berusaha memastikan StayPro beroperasi 99.9% masa. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian pendapatan akibat:
Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun Host serta-merta tanpa notis sekiranya didapati melanggar undang-undang siber Malaysia atau menyalahgunakan sistem untuk tujuan penipuan (scam).
Jika ada pertanyaan mengenai terma ini, sila hubungi: