Polisi Privasi

Dikemaskini: Januari 2026

Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana IAZ Resources mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi pengguna sistem StayPro (SaaS Pengurusan Homestay).

1. Maklumat Yang Dikumpul

Kami mengumpul maklumat berikut semasa pendaftaran Host:

  • Nama penuh pemilik
  • Nombor telefon (WhatsApp)
  • Alamat emel (untuk login Google/Firebase)
  • Nama Homestay/Bisnes

2. Data Pelanggan Anda (Tetamu)

Sistem StayPro akan menyimpan data tetamu (nama, no telefon, tarikh tempahan) yang dimasukkan melalui Sales Page atau Dashboard anda. Data ini adalah hak milik Host sepenuhnya. IAZ Resources tidak akan menghubungi tetamu anda untuk tujuan pemasaran tanpa kebenaran.

3. Tujuan Penggunaan Data

  • Pengesahan akaun dan keselamatan sistem.
  • Mengaktifkan fungsi Sales Page dan notifikasi WhatsApp.
  • Penghantaran invois langganan sistem.
  • Penambahbaikan ciri-ciri sistem pada masa hadapan.

4. Perlindungan & Keselamatan

Data anda disimpan di pelayan awan (Cloud Server/Firebase) yang mempunyai piawaian keselamatan industri. Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data daripada akses tanpa kebenaran.

5. Perkongsian Data

Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi data peribadi pengguna kepada pihak ketiga kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang Malaysia.

6. Hak Pengguna

  • Meminta akses kepada data profil sendiri.
  • Meminta pembetulan data bisnes.
  • Meminta pemadaman akaun dan data (Data Erasure).

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai data peribadi boleh diajukan kepada:

  • IAZ Resources
  • Email: admin@iazweb.com
  • No Telefon: +6012 737 5800